SELASA, 25 April 2017- Sempena sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia Tahun 2017, SK Paya Resak telah mengadakan Program Jom Baca Peringkat Sekolah. Program ini telah dirasmikan oleh Pegawai SISC+ Daerah Marang. Murid - murid dan para guru akan membaca buku selama 10 minit serentak. Program ini berjalan dengan lancar dan jayanya.
Tuesday, April 25, 2017
Sunday, April 23, 2017
KARNIVAL BAHASA INGGERIS DAERAH MARANG
AHAD, 23 April 2017 - Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Daerah Marang telah berlangsung selama dua hari iaitu pada hari Sabtu dan Ahad. Tuan rumah Karnival Bahasa Inggeris pada tahun ini ialah SK Medan Jaya. Antara acara yang dipertandingkan adalah Scrabble, Public Speaking, Storytelling, Poetry Recitation dan Action Song. SK Paya Resak telah berjaya membawa pulang hadiah tempat ketiga untuk Pertandingan Scrabble dan Public Speaking. Tahniah diucapkan kepada pelajar yang berjaya mengharumkan nama sekolah.
![]() |
Scrabble Competition |
![]() |
Poetry Recitation |
![]() |
Action Song Competition |
![]() |
Storytelling Competition |
Saturday, April 22, 2017
LADAP PA 21
SABTU, 22 April 2017 - Para guru SK Paya Resak telah menjalani kursus PA 21 yang dikendalikan oleh Pegawai SISC+ Bahasa Melayu, Encik Rosli bin Nordin. Pelbagai aktiviti yang menarik diperkenalkan kepada guru - guru untuk diguna pakai ketika pdpc. Banyak maklumat dan ilmu yang diperolehi sepanjang kursus ini. Terima kasih diucapkan kepada Encik Rosli kerana sudi membimbing guru - guru SK Paya Resak.
Friday, April 21, 2017
Tuesday, April 18, 2017
MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER DAN KETUA DAN PENOLONG KELAS 2017
SELASA, 18 April 2017 - SK Paya Resak telah mengadakan Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Ketua dan Penolong Ketua Kelas. Majlis ini telah dirasmikan oleh Wakil kepada Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Turut hadir di majlis ini adalah Pegawai SISC+ Daerah Marang dan, Pn. Asy Assuara bt Razak dan Yang Dipertua PIBG SK Paya Resak, Encik Karim bin Abu Bakar.
![]() |
Pendaftaran Ibubapa |
![]() |
Para pengawas sedang bersedia |
![]() |
Guru Besar menyampaikan ucapan. |
![]() |
Ucapan Perasmian |
![]() |
Gimik Perasmian |
![]() |
Gimik Perasmian kedua |
Majlis telah berlangsung dengan jayanya. Para Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Ketua dan Penolong Kelas telah menerima watikah pelantikan daripada tetamu kehormat yang hadir.
![]() |
Pengawas Sekolah menerima watikah pelantikan. |
![]() |
Penolong kelas PPKI menerima watikah pelantikan. |
Majlis ini turut meraikan guru dan staf sekolah yang berjaya mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya.
![]() |
Ustaz Othman bin Harun |
![]() |
Cikgu Maznah bt Awang Min |
![]() |
Encik Wan Mohd Suhaimi |
![]() |
Pn. Hjh. Siti Maimunah menerima bagi pihak Cikgu Faridah Jaafar |
PROGRAM APRESIASI KOKURIKULUM 2017
SELASA,18 April 2017- SK Paya Resak telah mengadakan Program Apresiasi Kokurikulum. Program ini bermula pada pukul 2.30 petang di mana para pelajar berjalan dalam unit beruniform masing-masing dan melalui kampung-kampung yang berdekatan sambil melakukan kerja amal seperti membersihkan kawasan kampung sekitar. Program ini dapat mendidik murid- murid supaya menghargai alam sekitar dan jangan membuang sampah di merata tempat . Berikut ialah gambar-gambar semasa program tersebut.
Sunday, April 16, 2017
PEMANTAUAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
AHAD, 16 April 2017- Pusat Sumber SK Paya Resak telah menerima kedatangan tetamu dari Pusat Kegiatan Guru untuk sesi penilaian. Pegawai-pegawai tersebut membuat penilaian terhadap perpustakaan, makmal komputer serta bilik-bilik khas. Semoga Pusat Sumber SK Paya Resak terus kekal cemerlang.
Subscribe to:
Posts (Atom)