Tuesday, August 15, 2017

LAWATAN PRASEKOLAH SK PAYA RESAK

SELASA,15 Ogos 2017- Prasekolah SK Paya Resak telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Zootoopia di Kuala Nerus. Pelbagai jenis haiwan peliharaan terdapat di Zootoopia dan para pelajar berpeluang untuk mengenali haiwan peliharaan tersebut dengan lebih dekat dan bergambar bersama mereka. 







Monday, August 14, 2017

PELANCARAN SUSU 1 MALAYSIA 2017

ISNIN,14 Ogos 2017- SK Paya Resak telah mengadakan Pelancaran Susu 1 Malaysia bagi Tahun 2017. Para pelajar yang menerima Susu 1 Malaysia diberikan taklimat oleh Cikgu Wan Nor Aishah tentang cara meminum susu yang betul. Selepas meminum susu, kotak susu yang kosong hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang telah disediakan. 















Thursday, August 10, 2017

KEM SEGAR MINDA DAN PECUTAN AKHIR UPSR 2017

KHAMIS,10 Ogos 2017- SK Paya Resak telah mengadakan Kem Segar Minda dan Pecutan Akhir kepada pelajar Tahun 6 yang akan menduduki Pepeeriksaan UPSR pada tahun ini. Antara pengisian kem ini adalah bengkel bagi setiap subjek serta aktiviti riadah untuk merehatkan minda. Kem ini berlangsung selama tiga hari, bemula dari 10 hingga 12 Ogos 2017 di Batu Burok Beach Resort, Kuala Terengganu.