Thursday, September 21, 2017

SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1439H SK PAYA RESAK

KHAMIS, 21 September 2017- SK Paya Resak telah mengadakan Sambutan Maal Hijrah 1439H. Antara aktiviti yang diadakan sempena sambutan ini adalah ceramah Maal HIjrah, Pertandingan Mewarna, persembahan nasyid dan bacaan salawat beramai-ramai. Majlis sambutan ini berlangsung dengan jayanya. 


Ucapan Pengerusi Majlis, Cikgu Tn. Hj. Jaafar bin Mamat Kia

Ucapan Guru Besar, En. Sulaiman bin Saian

Bacaan salawat beramai-ramai

Persembahan Nasyid 4 Arif

Persembahan nasyid 6 Arif

Ceramah oleh Ustazah Norhasyimah

Wednesday, September 20, 2017

MAJLIS PENUTUP BULAN KEBANGSAAN

RABU, 20 September 2017- SK Paya Resak telah mengadakan Majlis Penutup Bulan Kebangsaan 2017 dengan meriahnya. Antara pertandingan yang diadakan sempena Majlis Penutup ini ialah Pertandingan Pakaian Beragam yang mendapat sambutan yang hebat daripada para pelajar. Majlis penutup dimulakan dengan senaman beramai-ramai. Nyanyian lagu-lagu patriotik turut diadakan di tapak perhimpunan sekolah. Seterusnya, Majlis diteruskan dengan perarakan Hari Kebangsaan. Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan.